Akses boleh dibatalkan
Telefon yang hilang dibatalkan dari panel dan tidak lagi menerima data.
NadaPay menjadikan telefon Android pengumum bayaran QR, dengan sejarah, laporan harian dan panel untuk setiap cawangan.
Pasang NadaPay pada telefon Android yang diletakkan di kaunter.
Jana kod sekali guna atau kod QR di panel, kemudian imbas dengan telefon. Kod tamat dalam 10 minit.
Bila penyedia bayaran mengesahkan pembayaran, telefon menyebut jumlahnya dan menyimpannya dalam sejarah.
Peniaga menyambung akaun gateway pembayaran milik sendiri di panel. Bayaran hanya diumumkan selepas gateway itu mengesahkannya.
Pemilik mengurus telefon kaunter, melihat transaksi dan memuat turun laporan dari pelayar.
Pasangkan telefon dengan kod, pilih telefon yang bersuara, dan batalkan akses serta-merta.
Ringkasan harian mengikut waktu Malaysia, bayaran dibatalkan diasingkan, dan eksport CSV.
Setiap tindakan admin direkod: siapa, bila dan apa yang diubah.
Telefon hanya memegang token peranti yang disulitkan dengan Android Keystore. App tidak pernah meminta kata laluan perbankan.
Telefon yang hilang dibatalkan dari panel dan tidak lagi menerima data.
Tandatangan setiap notis bayaran disemak sebelum disimpan.
Notis berganda ditapis, walaupun app dimulakan semula.
Semua sambungan ke pelayan melalui HTTPS; token tidak dihantar ke alamat lain.
Ciri keselamatan di atas bukan pensijilan atau dakwaan pematuhan kepada mana-mana pengawal selia.
| Perkara | Soundbox biasa | NadaPay |
|---|---|---|
| Perkakasan | Peranti khas setiap kaunter | Telefon Android yang sedia ada |
| Melihat bayaran lepas | Terhad atau tiada | Sejarah dan carian di telefon |
| Laporan | Berbeza mengikut penyedia | Ringkasan harian dan eksport CSV |
| Beberapa kaunter | Satu peranti setiap kaunter | Satu panel untuk semua cawangan |
Satu langganan tahunan, termasuk app, panel dan laporan. Cuba dahulu dengan demo percuma selama 1 bulan.
Ada soalan tentang langganan? WhatsApp kami.
Hanya 100 tempat lagi
Harga asal RM120 setahun. Bayar dengan FPX atau DuitNow QR melalui toyyibPay.
Tidak. Mana-mana telefon Android 8.0 ke atas boleh digunakan. Telefon yang dikhaskan untuk kaunter adalah paling sesuai.
RM20 setahun (promosi untuk 100 pelanggan pertama), harga asal RM120 setahun, dengan demo percuma selama 1 bulan.
NadaPay menerima bayaran melalui akaun gateway pembayaran milik anda: toyyibPay, Billplz, CHIP, HitPay, Bayarcash, Fiuu, Razorpay Curlec, Revenue Monster, Paydibs, Gkash atau LeanX. Pelanggan membayar dengan app bank atau e-dompet yang mengimbas DuitNow QR, atau kaedah lain yang aktif pada akaun gateway anda seperti FPX. Razorpay Curlec tidak menyenaraikan DuitNow QR; pelanggannya membayar melalui FPX, kad atau e-dompet.
Bayaran tetap direkod di pelayan. Bila telefon bersambung semula, ia memaparkan bayaran yang terlepas sebagai ringkasan.
Hidupkan Mod kaunter supaya telefon kekal bersambung di latar belakang. Sesetengah jenama telefon memerlukan tetapan bateri diubah; app menunjukkan caranya.
Tidak. NadaPay hanya mengumumkan bayaran yang disahkan oleh penyedia bayaran, bukan imbasan atau gambar resit.
Isi borang ini atau WhatsApp kami. Kami sediakan akaun demo percuma selama 1 bulan dan bantu pasangkan telefon kaunter anda.